Hasil produk mandian, wangian berasaskan madu - Utusan Malaysia

Hasil produk mandian, wangian berasaskan madu

1) Nur Isma Afii Md. Aris menghasilkan pelbagai produk menggunakan madu kelulut asli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memulakan perniagaan sekadar untuk mengisi masa lapang, pengusaha madu kelulut ini tidak menjangkakan ia menjadi serius.

Pengusaha JKM Trigona Agro Farm, Nur Isma Md. Aris, 35, berkata, selain madu kelulut, dia turut mengusahakan produk lain seperti sabun, mandian dan wangian menggunakan madu itu.

Sahabat AIM itu berkata, bagi sebotol madu kelulut asli dijual pada harga RM60 dan produk mandian bermula RM10 hingga RM15 manakala minyak wangi berharga RM25 sebotol.

“Kebetulan, saya turut mengusahakan projek nurseri dan dengan adanya kepelbagaian pokok bunga membantu saya untuk mula berjinak-jinak membela sendiri kelulut di rumah pada 2014.

“Saya juga memberikan kelainan terhadap kegunaan madu ini dengan menghasilkan produk termasuk gel mandian, sabun dan minyak wangi,” katanya.

Untuk tempahan, boleh hubungi 017- 254 7993 atau kunjungi Facebook Nur Isma.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya