Hanya Allah yang tahu rasa takut diri ini - Mangsa - Utusan Malaysia

Hanya Allah yang tahu rasa takut diri ini – Mangsa

ANGGOTA ATM mendukung Che Wan Harun (tengah) yang terkandas beberapa hari di kediaman mereka, di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Apabila air naik tinggi sehingga paras dada di rumahnya di Jalan Nyaman 25/20, Zaharah Ab. Rahman, 68, hanya mampu berdoa kepada Allah supaya ketinggian berhenti setakat itu sahaja kerana terlalu takut dengan situasi yang pertama kali dihadapinya itu.

Ketika kejadian, Zaharah bersama ibunya Che Wan Harun, 92, di rumah manakala anaknya yang lain keluar melakukan urusan masing-masing.

“Pada pagi Sabtu, air pada paras peha namun ia naik dengan begitu cepat. Kira-kira pukul 3 petang, air telah naik ke paras dada.

“Selain naik tinggi, arus air turut deras dan situasi ini amat menakutkan,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Operasi Bomba di Persiaran Kemuning Prima, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, dia sekeluarga berjaya diselamatkan pasukan penyelamat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendukung ibunya, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Melihat situasi itu, Zaharah mengambil keputusan untuk mendapatkan perlindungan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Muda bersama dengan ratusan mangsa lain bagi mendapatkan keperluan sewajarnya.

Zaharah amat bersyukur kerana terdapat orang awam yang sudi mendukung ibunya ke sekolah tersebut, memandangkan dia tidak mempunyai kudrat untuk berbuat demikian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Ahmad Adzim Rosli, 29, berkata, dia bersama isterinya, Norsyuhadah Yaakob@Abas, 29, terputus bekalan makanan sejak Sabtu lalu.

Tinggal di Pangsapuri Kos Rendah Taman Sri Muda, dia terpaksa menumpang di rumah jirannya di tingkat tiga kerana rumahnya di aras bawah telah dinaiki air setinggi paras dada.

“Memang amat menakutkan kerana memikirkan anak tunggal, Ahmad Malik Ahmad Adzim, 3 bulan.

“Saya sekeluarga tidak boleh ke mana-mana sejak hari Sabtu hingga semalam kerana arus air deras,” katanya yang sudah dua tahun menetap di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya