Hanya 2 peratus daripada 4,362 kes positif kategori 3, 4 dan 5 - Utusan Malaysia

Hanya 2 peratus daripada 4,362 kes positif kategori 3, 4 dan 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak dua peratus bersamaan 89 kes daripada 4,362 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bakinya, 4,273 kes bersamaan 98.0 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi kes positif hari ini, ia menunjukkan peningkatan iaitu 4,362 kes berbanding semalam, 4,262 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 5,098 kes.

“Malaysia juga merekodkan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlulan alat bantuan pernafasan di bawah 200 kes iaitu 198 kes manakala sebanyak 400 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 12 kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,074 kluster.

“Sebanyak 257 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,817 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 37 kes berbanding kelmarin, 33 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,026 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 37 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,274 kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya