Hanya 175 pesakit Covid-19 perlukan ABP - Utusan Malaysia

Hanya 175 pesakit Covid-19 perlukan ABP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) terus merekodkan penurunan kes apabila mencatatkan 324 kes kes berbanding semalam, 339 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula kekal di bawah 200 kes apabila merekodkan 175 kes berbanding semalam, 180 kes.

Bagi kes positif, katanya, ia menunjukkan penurunan iaitu 3,160 kes berbanding semalam, 3,528 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 4,421 kes.

“Malaysia merekodkan sebanyak 2.1 peratus bersamaan 66 kes daripada 3,160 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

“Bakinya, 3,094 kes bersamaan 97.9 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,101 kluster.

“Sebanyak 223 kluster aktif manakala jumlah kluster tamat sebanyak 5,878 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 25 kes berbanding kelmarin, 44 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lima daripada 25 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,321 kes. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya