Hampir 200 penduduk Kampung Puom, Jelebu terkepung tiada sebarang akses - Utusan Malaysia

Hampir 200 penduduk Kampung Puom, Jelebu terkepung tiada sebarang akses

JAMBATAN ke Kampung Puom terputus hubungan sehingga menyukarkan pihak bomba untuk menghantar bantuan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Hampir 200 penduduk Kampung Puom dekat sini terkandas dan tiada sebarang akses bantuan dapat diberikan susulan air Sungai Kenaboi yang masih tinggi hingga ke paras dada setakat pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd. Fazzil Mohd. Yunus berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon secara serentak mengenai penduduk kampung berkenaan.

“Ini susulan Jambatan di Kampung Puom terputus hubungan manakala jalan Kampung Chennah hendak ke Kampung Puom juga tidak boleh dilalui kerana air masih dalam dan jalan tenggelam. Jadi, Kampung Puom terkepung dan kami tidak dapat memberi sebarang bantuan dan akses kepada mereka.

“Kami memasuki Kampung Chennah dan membuka beberapa laluan keluar masuk susulan terdapat empat lokasi pokok tumbang. Sungai Kenaboi juga air masih tinggi paras dada dan kita dimaklumkan mereka (penduduk Kampung Puom) tiada sebarang sumber air, tiada sumber elektrik dan tiada sebarang komunikasi ketika ini.

“Kami juga tidak boleh menggunakan bot untuk tujuan penyelamatan susulan air sungai agak deras,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya telah dimaklumkan oleh penduduk dapat menghubungi pihak bomba memaklumkan bahawa semua penduduk berada dalam keadaan selamat.

“Saya dihubungi oleh penduduk kampung pagi tadi memaklumkan mereka semua dalam keadaan selamat dan berada di surau Kampung Puom. Hampir 200 penduduk kampung melibatkan 80 unit rumah di Kampung Puom terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fazzil menjelaskan, terdapat lokasi lain yang turut terjejas iaitu di Taman Sri Kenaboi, Kampung Kemin dan Kampung Sepri.

“Pada malam tadi, pihak bomba telah menjalankan pemindahan keseluruhan penduduk Taman Sri Kenaboi, Kampung Kemin dan Kampung Sepri dan dihantar ke dua pusat pemindahan iaitu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang dan Masjid Bunga Tanjung. Bagaimanapun, mereka semua dijangka diletakkan di sebuah pusat pemindahan di Dewan D’Sury hari ini.

“Selain itu, di Kuala Klawang air kini sudah semakin surut kemungkinan air tersebut akan terus ke Kampung Juntai,” katanya.

Pihaknya juga turut menerima panggilan agak luar biasa kerana semua panggilan masuk secara serentak termasuk daripada penduduk terjejas.

“Kami menerima panggilan secara serentak sejak semalam dan kami telah membahagikan kepada beberapa pasukan menerima termasuk balai bantuan daripada Balai Bomba Bandar Sri Jempol dan Simpang Pertang bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya