Hampir 150,000 terus bekerja di Singapura - Hasni - Utusan Malaysia

Hampir 150,000 terus bekerja di Singapura – Hasni

HASNI Mohammad (dua dari kiri) menjirus sayur kobis sebagai simbolik Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021 dan Pelancaran Kebun Bandar di Taman Impian Emas, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 300,000 rakyat Malaysia bergantung kepada pembukaan semula sepenuhnya sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura dalam mencari nafkah buat keluarga masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ketika ini dianggarkan seramai 141,000 rakyat negara ini masih berada di republik berkenaan sejak sempadan ditutup pada Mac tahun lalu.

“Pelaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat menyaksikan seramai 1,440 pengembara pulang ke negara masing-masing sehari dengan syarikat pengangkutan memaklumkan tempahan habis dibuat oleh rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

“Sebelum ini, ketika Johor membangunkan aplikasi Johor Immunity Planning System (Johor ImmuPlan) untuk rakyat negara ini yang mahu bekerja di Singapura, kita mendapat sebanyak 115,000 pendaftaran.

“Ini bermakna terdapat seramai 141,000 orang yang sedang bekerja di sana manakala 115,000 lagi sedang memohon untuk bekerja di sana menjadikan hampir 300,000 rakyat Malaysia bergantung harap kepada sempadan berkenaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kebun Bandar di Taman Impian Emas, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kepimpinan kedua-dua negara komited dan bersetuju untuk memastikan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura melalui inisiatif VTL darat terus berjalan lancar.

Sementara itu, kerajaan negeri bakal membangunkan platform Pasar Borong Digital tahun depan bagi membantu pengusaha sektor agro makanan negeri itu memasarkan produk mereka ke pasaran lebih luas secara dalam talian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya