Guru SK Taman Pantai Sepang Putra maut kereta terbakar langgar tunggul pokok - Utusan Malaysia

Guru SK Taman Pantai Sepang Putra maut kereta terbakar langgar tunggul pokok

KEADAAN Honda City yang dinaiki tiga beradik selepas terbakar dalam kemalangan maut di Jalan Kampung Telaga Papan di Setiu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang guru maut selepas kereta dipandunya terlanggar tunggul pokok sebelum terbakar di Jalan Kampung Telaga Papan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Nurul Salikin Abdul Aziz, 25, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang Putra di Selangor disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu.

Dua penumpang lain yang merupakan adiknya, Nur Qaseh Balqis, 10, patah pergelangan tangan di samping Siti Nur Ummi Nabihah, 19, pula patah tulang bahu dan kini dirawat di hospital sama.

Difahamkan, tiga beradik yang berasal dari Kampung Chalok Kedai di sini baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan dan menuju ke Pantai Rhu 10 untuk mengambil gambar.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, kereta Honda City dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kanan jalan lalu merempuh tunggul pokok hingga menyebabkan kenderaan itu terbakar.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum api merebak dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Afandi turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu semasa hujan atau jalan basah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya