Guna logo Warisan, tunggu keputusan mahkamah - Muda - Utusan Malaysia

Guna logo Warisan, tunggu keputusan mahkamah – Muda

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman (duduk tengah) bersama Mohd. Shafie Apdal (kanan) semasa sidang akhbar sempena perasmian Persidangan Tahunan Warisan di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persoalan tentang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertanding menggunakan logo Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih lagi samar-samar.

Belum ada jawapan jelas daripada Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai kesediaan Muda menggunakan logo Warisan.

Beliau berkata, penggunaan logo pada pilihan raya hanya akan ditentukan selepas keputusan mahkamah mengenai status pendaftaran Muda diketahui pada minggu depan.

Pada masa ini status pendaftaran Muda sedang melalui proses perbicaraan di mahkamah maka, beliau tidak ingin mengulas lanjut tentangnya.

Walau bagaimanapun, Muda akan terus bekerjasama dengan Warisan bagi menubuhkan sebuah gagasan berprinsip serta bermaruah yang mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Kita akan menjadi pembangkang yang berpadu dan bersatu. Muda agak rapat dengan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sejak sekian lama. Malah, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, saya berkempen di banyak kawasan untuk memastikan Warisan menang, atas semangat setiakawan dalam pembangkang.

“Justeru, saya akan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kita (Muda-Warisan) akan tetap bersama untuk mengembalikan mandat rakyat pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Tahunan Warisan hari ini.

Syed Saddiq berkata, kehadirannya dalam persidangan itu bagi memberi sokongan kepada Warisan kerana beliau amat menghormati prinsip Mohd. Shafie semasa menubuhkan Warisan.

Ketika Warisan ditubuhkan ramai orang menyatakan mustahil untuk Warisan tembus kubu kuat UMNO-Barisan Nasional (BN) di Sabah tapi, dengan gelombang dibawa oleh Mohd. Shafie dan anak muda yang bersamanya akhirnya kubu kuat itu berjaya ditembusi.

Malah, buat pertama kali perubahan berlaku dalam sejarah politik Malaysia pada skala yang besar semasa PRU-14.

“Justeru, saya menetapkan pendirian untuk memastikan bahawa perubahan berskala besar ini akan berlaku di Sabah dan juga di Malaysia,” katanya.

Jelas beliau, Mohd. Shafie selaku pemimpin nasional yang sudah cukup dikenali di negara ini maka, Muda akan bergerak bersama Warisan sebagai sebuah pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya