GPS kuasai undi penjawat awam khususnya tentera petanda baik BN - Utusan Malaysia

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya tentera petanda baik BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi majoriti besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 semalam membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin (gambar) berkata, ini terbukti melalui sokongan penjawat awam khususnya pengundi dari kem tentera di Sarawak memberi petanda yang baik kepada Barisan Nasional untuk Pilihan Raya ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, golongan berkenaan mahukan kerajaan yang stabil dan telah terbukti berjaya mencipta inovasi serta memajukan negara dalam konteks berkepentingan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Kerjasama GPS dalam membentuk kekuatan dengan Kerajaan Persekutuan amat penting dalam kestabilan politik negara.

“GPS telah mewujudkan satu pola sokongan kolektif dalam kalangan masyarakat Sarawak yang penting untuk kemajuan pembangunan negeri dan kerjasama Kerajaan Pusat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, GPS berjaya menguasai 76 daripada 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Bumi Kenyalang itu yang turut disumbangkan oleh peningkatan undi tentera yang sangat ketara di beberapa DUN.

Antara DUN yang memiliki kem tentera di Sarawak ialah kem Puncak Permai di DUN Tasik Biru, kem Semenggo dan kem Ria di DUN Kota Sentosa, kem Muara Tuang dan kem Penrissen Lama di DUN Stakan dan kem Oya di Sibu.

Noor Nirwandy berkata, manifesto GPS yang positif serta berkepentingan rakyat menjadikan GPS aset kepada mana-mana gabungan politik negara.

Justeru, katanya, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menyelesaikan perbezaan pendapat dalam kalangan kedua parti tersebut agar kestabilan politik negara dapat dicapai.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya