Gmie Screen meninggal dunia - Utusan Malaysia

Gmie Screen meninggal dunia

ALLAHYARHAM HAJMI IBRAHIM atau Gmie
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 pagi tadi.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang  di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Anaknya, Siti Hadirah berkata, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan dalam beberapa hari sebelum meninggal.

Jelasnya lagi, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam kiriman mesej menerusi Instagram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya