Saya Okey sahaja jika Gerrard ganti saya – Jurgen Klopp

Gerrard? Saya Okey sahaja – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp me­ngakui dia antara individu yang paling gembira sekiranya Steven Gerrard menggantikan tempatnya selepas penalti Mohamed Salah membolehkan Liverpool mengutip mata penuh dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Penalti pada minit ke-67 itu membolehkan Liverpool mengatasi 1-0 terhadap skuad bimbingan Gerrard, Aston Villa dalam kepulangan semula legenda Reds tersebut di Anfield, kelmarin.

Skuad kendalian Klopp se­patutnya menang lebih me­ya­kinkan apabila mendominasi permainan tetapi dikecewakan pertahanan Villa dan tindakan penyudah tumpul.

Gerrard yang menyertai Vil­la bulan lalu selepas tiga se­tengah tahun mengendalikan Rangers, diletakkan sebagai pengganti utama Klopp apabila kontrak pengendali dari Jerman itu tamat pada 2024.

“Perkara yang bagus ialah saya tiada masalah dengan perkara ini (berhubung spekulasi masa depannya bersama Liverpool).

“Saya tidak akan berada di sini selamanya dan saya suka jika Stevie dipilih (menggantikan tempat saya).

“Kami menjaringkan gol menerusi penalti dan kemudian rasa lega itu jelas terlalu besar dan ia bukanlah perlawanan secara terbuka yang mudah.

“Bagi saya, 15 minit terakhir seperti sakit gigi! Tiada siapa yang mahu,” kata Klopp.

Reds perlu menahan gementar hingga saat akhir apabila Gerrard percaya pasukannya perlu diberikan penalti apabila Alisson mengasari bekas pemain Liverpool, Danny Ings.

Dalam pada itu, Gerrard mengakui terdapat perbezaan yang ketara ketika bertemu bekas kelabnya, di mana Villa banyak bermain secara bertahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya