Gaza sedia berkhidmat bantu mangsa banjir di Malaysia - Utusan Malaysia

Gaza sedia berkhidmat bantu mangsa banjir di Malaysia

ANGGOTA Pasukan Bomba dan Penyelamat Palestin mendoakan kesejahteraan Malaysia khususnya mangsa banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami sedia berkhidmat, walaupun terpaksa berkorban nyawa”.

Demikian kata-kata semangat anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Palestin yang berikrar mahu membantu menjalankan misi kemanusiaan terhadap mangsa banjir di negara ini.

Perkara itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ketika majlis penyelarah kelengkapan pasukan itu sumbangan rakyat Malaysia di Gaza hari ini.

“Pagi tadi ketika kami dijemput menghadiri majlis penyerahan kelengkapan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Palestin sumbangan rakyat Malaysia selepas perang lepas, kami dikejutkan dengan beberapa tindakan di pihak mereka.

“Pertama, mereka memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah untuk para syuhada yang terkorban dalam banjir di Malaysia kali ini. Biasanya penghormatan ini dibuat setiap kali tamat peperangan untuk memuliakan dan mendoakan jenazah para mujahidin yang terkorban menentang penjajah.

“Keduanya mereka mengumumkan akan mendirikan solat jenazah ghaib ke atas mereka yang terkorban dalam banjir di Malaysia melibatkan semua anggota yang berada di tempat majlis diikuti bacaan doa mendoakan keselamatan rakyat kita.

“Ketiga mereka berikrar menyatakan kesediaan menghantar anggota ke Malaysia bagi membantu operasi menyelamat sekiranya diperlukan walaupun terpaksa berkorban nyawa,” katanya.

Menurut Muhammad Nadir, ketika selesai majlis seorang demi seorang datang kepadanya dan mengucapkan takziah atas ujian yang melanda negara.

“Saya tahu ketika itu mereka sendiri berada dalam keadaan siap siaga kerana ribut taufan dijangka melanda Gaza juga pada hari ini. Indahnya ukhuwah Islam dan semangat kesetiaan, walaupun jarak beribu batu jauhnya tetapi kerana kita sentiasa berada di sisi mereka, mereka juga tidak melupakan kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya