Gantung jualan tiket VTL langkah berjaga-jaga - Utusan Malaysia

Gantung jualan tiket VTL langkah berjaga-jaga

HASNI Mohammad (kanan) melihat barangan yang akan dihantar ke Selangor sempena Majlis Pelepasan Misi Bantuan Bencana Makmur Johor di Pejabat UMNO Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Langkah kerajaan menggantung sementara penjualan tiket di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes varian Omicron di negara itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, penggantungan sementara penjualan tiket bas dan penerbangan tidak bermakna laluan VTL antara kedua-dua negara ditutup.

Katanya, bagi mereka yang sudah membeli tiket lebih awal, masih boleh meneruskan perjalanan merentasi sempadan antarabangsa terbabit. 

“Apa yang penting ketika ini adalah sempadan tidak ditutup, cuma kedua-dua kerajaan lebih berhati-hati memandangkan peningkatan kes varian baharu Omicron di Singapura.

“Kita bersetuju pembukaan VTL darat yang gunakan kenderaaan awam ini kerana dapat kawal dan kita tidak mahu masyarakat di kedua dua negara ini bimbang dengan jumlah kemasukan pengembara yang besar mungkin boleh jadi punca kepada penularan varian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Pelepasan Sumbangan Bantuan Banjir Pemuda UMNO Johor dan Rakyat Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira laporan Kementerian Kesihatan Singapura pada 20 Disember berhubung kluster tempatan Covid-19 yang melibatkan tiga kes positif termasuk kemungkinan varian Omicron.

Pada 29 November lepas, Malaysia dan Singapura bersetuju memulakan inisiatif VTL melalui perjalanan udara dan darat antara kedua-dua negara kepada para pengembara yang menerima dos lengkap vaksin Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya