Gangguan air 17 jam di Seberang Perai Selatan kini pulih - Utusan Malaysia

Gangguan air 17 jam di Seberang Perai Selatan kini pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Penduduk daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembaikan saluran paip utama di sepanjang Jalan Kubang Semang selesai sepenuhnya petang semalam.

Terdahulu, berlaku masalah gangguan bekalan air sejak malam Sabtu lalu akibat kerosakan injap bersaiz 1,200 milimeter (mm) di saluran paip tersebut yang dianggap saluran paip pengagihan air terawat yang penting di sini.

Paip itu menyalurkan air terawat dari Loji Rawatan Air Sungai Dua ke semua kawasan utama di SPS termasuk Taman Perindustrian Bukit Minyak; Simpang Ampat; Sungai Bakap; Jawi dan Nibong Tebal.

Selain SPS, turut terjejas ialah beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) yang berada di sepanjang laluan paip berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, injap yang rosak itu telah dipasang lebih 23 tahun lalu dan kebocorannya menjejaskan tekanan agihan air hingga ke SPS.

Selain itu katanya, terdapat risiko injap rosak itu pecah hingga menyebabkan gangguan bekalan air yang besar di SPS.

“Justeru, bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan kecemasan, PBAPP terpaksa menutup saluran paip tersebut selama 17 jam iaitu dari pukul 10 malam, Sabtu (18 Disember) hingga 3 petang, Ahad (19 Disember).

“Ketika kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan iaitu kira-kira pukul 4.30 pagi (Ahad), PBAPP terpaksa menutup tiga lagi injap bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan dan ini adalah situasi kecemasan di luar jangkaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja pembaikan itu bagaimanapun siap pukul 3.35 petang dan bekalan air mula pulih secara berperingkat-peringkat sejak pukul 5.30 petang semalam.

“Ini adalah senario kecemasan yang memerlukan respons pantas kerana penanggalan injap untuk menghentikan kebocoran adalah inisiatif yang mendesak dan perlu untuk mengelakkan isu bekalan air besar di SPS.

“Kerja-kerja pembaikan kecemasan itu juga telah disiapkan mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya