Galak wanita ceburi perniagaan pewangi fabrik - Utusan Malaysia

Galak wanita ceburi perniagaan pewangi fabrik

Pengusaha Effary Fabric Perfume, Hapipah Abu Bakar, bersama pewangi fabrik dihasilkan olehnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berhasrat untuk berkongsi pengalaman, Hapipah Abu Bakar, 46, yang turut memiliki kedai dobi pakaian mula memperkenalkan rangkaian produk pewangi fabrik, Effary Fabric Perfume.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, produk pewangi fabrik diketengahkan sejak tahun lalu itu turut diharapkan dapat membantu lebih ramai wanita untuk berani menceburi bidang perniagaan. 

“Pelanggan yang datang ke dobi saya sering mencungkil rahsia pakaian yang tahan lama harumannya. Jadi, terdetik untuk saya mengetengahkan produk ini kepada umum.  

“Pengenalan Effary Fabric Perfume sejak Januari 2020,menjadi tular bahkan lebih 200,000 botol terjual dan saya memperoleh jualan mencecah RM1 juta,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Hapipah, pewangi fabrik itu bukan hanya menghilangkan bau kurang menyenangkan pada pakaian sepantas tiga minit malah bermanfaat untuk kegunaan seisi rumah. 

“Pewangi fabrik ini didatangkan dalam empat pilihan haruman mewah dan eksklusif iaitu Original Dobi , Fresh Dobi , Feminine Dobi dan Premium Gold. 

“Untuk tempahan, hubungi 018-220 2363 atau kunjungi Facebook, Effary Efa dan Instagram, Effary Fabrik Perfume_HQ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya