Gabungan KRT LEP gerak misi bantu mangsa banjir

Gabungan KRT LEP gerak misi bantu mangsa banjir

ANTARA sukarelawan yang terlibat dalam misi membantu mangsa banjir di sekitar Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Prihatin dengan mangsa banjir yang berlaku di Lembah Klang, penduduk Taman Lestari Putra (LEP) di sini, bertindak mengumpul dana kilat bagi membantu mereka yang terkesan akibat bencana itu.

Pengurus Projek Skuad Warga Prihatin LEP, Norizal Razali berkata, dengan hanya beberapa jam sahaja, dana berjaya dikumpulkan di samping sumbangan berbentuk barangan daripada penduduk setempat hasil usaha gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekali gus menggerakkan misi ke Kg. Sijangkang, Puchong dan Hulu Langat.

Katanya, bantuan dana turut diterima daripada syarikat korporat, AUF MBZ untuk membeli barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Alhamdulilah misi berjalan dengan lancar bermula pukul 2.00 petang hingga lewat pagi, walaupun tidak ada kertas kerja dibentangkan tetapi atas sikap kerjasama, prihatin dan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi membantu mereka yang terkesan sesuatu yang mustahil dapat dilaksanakan tanpa kita disedari.

“Kumpulan penduduk terdiri daripada Cabin Crew, Warga Prihatin malah skuad sukarelawan 4×4 turut membantu dalam usaha misi kali ini,” katanya di sini hari ini.

Norizal berkata, perancangan misi bantuan kedua akan dilaksanakan bagi membantu mangsa mengemas rumah-rumah yang terjejas teruk di kawasan Hulu Langat terutama memotong pokok-pokok serta mengeluarkan perabot yang rosak.

Katanya, jangkaan perancangan misi adalah pada cuti perayaan Krismas ini, bagaimanapun ia bergantung kepada punca bekalan elektrik dan belakan air sudah dibaik pulih.

“Warga LEP dialu-alukan sekiranya ingin membantu sama ada menyediakan bekalan peralatan pembersihan atau menyumbang tenaga kerja.

“Sumbangan sukarelawan dipandang tinggi setiap mangsa yang sentiasa menunggu bantuan dari segi sudut fizikal mahupun emosi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya