Felda Jengka 25 sekali lagi dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Felda Jengka 25 sekali lagi dikenakan PKPD

FELDA Jengka merupakan antara tanah rancangan yang terbesar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas lebih empat bulan, Felda Jengka 25 di Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 11 Januari ini.

 Difahamkan, pelaksanaan semula PKPD di skim tanah rancangan persekutuan dalam Daerah Temerloh itu susulan 10 kes positif Covid-19 direkodkan yang mana kes pertama dikesan pada 22 Disember lepas manakala satu kes terbaharu dilaporkan semalam, setelah kali terakhir lima kes dicatatkan di lokaliti itu pada 24 Oktober lalu.

 Bagaimanapun berbeza dengan PKPD sebelum ini pada 12 Ogos lalu selama dua minggu yang disebabkan Kluster Lorong Baiduri, penularan terkini tidak melibatkan mana-mana kluster.

Penempatan dihuni 152 keluarga peneroka sejak 1986 melibatkan keluasan 214 hektar itu, namun berjiran dengan tiga tanah Felda lain yang turut melaporkan kes pendemik berkenaan. membabitkan Felda Jengka 3, Felda Jengka 11 dan Felda Jengka 17 di samping kawasan perumahan Rantau Perintis, Taman Desa Jaya 2 dan Taman Permatang Shahbandar, Jengka.

 Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad turut memaklumkan, tiada lokaliti dilaksanakan PKPD sejak kali terakhir pada 18 Disember lalu di Kampung Jawa, Perak malah ditamatkan sekatan seminggu lebih awal daripada dijadualkan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya