Fazley tetap selesa, gembira walaupun tersingkir GV8 - Utusan Malaysia

Fazley tetap selesa, gembira walaupun tersingkir GV8

Fazley Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Chef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengakui berasa sangat selesa dan gembira walaupun menjadi peserta kedua tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Katanya, itu adalah kemenangan paling terbesar buatnya yang mana orang ramai dapat melihat persembahan dan peningkatannya serta keluar dalam keadaan selesa serta gembira.  

“Pada GV8, saya keluar dengan membuat persembahan terbaik dan saya melihat rata-rata di media sosial, ramai menyokong dan sedih apabila saya disingkirkan. 

“Ini berbeza dengan minggu ketiga dan minggu kedua, ramai mahu saya keluar. Tetapi pada minggu keempat, ramai bertanya mengapa saya disingkirkan,” katanya dalam program Cherries and Summerfruits Taste Australia di Menara Symphony, di sini, hari ini.

Beliau hadir sebagai chef tetamu bagi program tersebut yang mana memberi demonstrasi memasak menggunakan buah-buahan musim panas, seperti pic, nektarin, aprikot dan plum. 

Sementara itu, menurut Fazley, program Cherries and Summerfruits Taste Australia membawa kenangan manis untuknya kerana sudah biasa bekerja dengan buah-buahan musim panas Australia semasa belajar di New Zealand.

“Buah-buahan ini adalah cara terbaik untuk meraikan apa jua majlis atau dihadiahkan kepada orang tersayang. Juga buah-buahan tersebut adalah gandingan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan pada masa kini,” katanya.   

Sementara itu, Ketua Perdagangan Antarabangsa Hort Innovation, Brei Mongomery berkata, peladang Australia melaburkan berjuta-juta dolar setiap tahun ke dalam industri perladangan untuk menyediakan buah-buahan berkualiti bertaraf dunia. 

Rangkaian Cherries and Summerfruits Taste Australia boleh didapati di pasar raya utama seperti Jaya Grocer, Village Grocer, QRA, Lotus’s dan pasar raya Aeon di seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Taste Australia, www.tasteaustralia.net.au atau laman media sosial, Instagram, @tasteaustraliamy, atau Facebook, Taste Australia Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya