Fasa 4: Bukan tiket untuk ‘berpesta’ - MB Kelantan - Utusan Malaysia

Fasa 4: Bukan tiket untuk ‘berpesta’ – MB Kelantan

AHMAD Yakob menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di di Masjid At-Taqwa Kampung Lakota, Jeli, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Peralihan Kelantan dari Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa Empat berkuat kuasa 3 Januari depan bukan ‘tiket’ untuk rakyat di negeri ini mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, pematuhan terhadap SOP perlu terus diberi penekanan supaya tidak berlaku gelombang baharu serangan Covid-19, terutama menerusi varian Omicron.

“Varian Omicron ini cepat tersebar, jadi SOP perlu terus dipatuhi dengan sebaik mungkin dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan pandemk Covid-19.

“Apa pun, ini satu ujian Yang Maha Esa. Jadi sebagai hamba-Nya, kita perlu hadapi dengan sabar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 85 keluarga mangsa banjir di di Masjid At-Taqwa Kampung Lakota, di sini pada hari ini.

Selain menyantuni mangsa banjir di Kampung Lakota, Ahmad turut meluangkan masa turun padang melawat mereka yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kesedar/Pasti Bukit Lakota dan Kuala Balah.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan Kelantan dan Sarawak dan Kelantan akan beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 3 Januari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) telah mempersembah perkara berkait aktiviti ibadah di bawah Fasa Empat PPN bagi mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Beliau berkata, perkenan daripada baginda Sultan Kelantan diperlukan bagi membolehkan masjid dan surau mengadakan kuliah dan tazkirah agama serta solat dalam saf lebih rapat berbanding sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya