FAMA Pulau Pinang sasar 150 usahawan sertai NBME  - Utusan Malaysia

FAMA Pulau Pinang sasar 150 usahawan sertai NBME 

MOHD. AZRAEI Ramli (kanan) dan Norlela Ariffin (kiri) selepas mengadakan pertemuan di pejabat FAMA Pulau Pinang di Butterworth, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang menyasarkan seramai 150 usahawan menyertai program New Breed Marketing Entreprenuer (NBME) bermula tahun depan. 

Pengarahnya, Mohd. Azraie Ramli berkata, ia bagi memberi peluang kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang memiliki telefon pintar membantu memasarkan produk tempatan khususnya dari luar bandar. 

Menurut Mohd. Azraie, menerusi NMBE, mereka yang terpilih akan bertanggungjawab mengembangkan identiti produk selain bertindak selain ejen cara kerja baharu iaitu menerusi pemasaran dalam bentuk digital. 

Ketika ini katanya, selain generasi muda termasuk pelajar sekolah, penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan remaja, FAMA negeri turut membuka peluang kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim untuk melibatkan diri dalam program tersebut. 

“Apa yang penting ialah, mereka perlu mempunyai telefon pintar dan berminat untuk menyertai program ini.  Kerja mereka hanyalah memasarkan produk secara dalam talian dan latihan akan diberikan oleh pihak FAMA. Kita juga ada studio untuk tujuan itu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin di pejabatnya, di sini hari ini.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya