Empat daerah dijangka terima limpahan air dari hulu sungai - Utusan Malaysia

Empat daerah dijangka terima limpahan air dari hulu sungai

KEADAAN bandar Mentakab yang ditenggelami air di Temerloh, Pahang. - SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat daerah di Pahang dijangka menerima limpahan air hulu sungai yang berkemungkinan boleh menyebabkan banjir lebih besar dalam tempoh terdekat ini. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Che Adam A. Rahman berkata, ramalan menjangkakan daerah tersebut meliputi Temerloh, Bera, Maran dan Pekan.

Menurutnya, kebarangkalian itu dibuat selepas melihat perubahan aliran air Sungai Pahang yang kemungkinan mengalir ke kawasan lebih rendah.

“Pihak kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan itu sekali gus memohon agar penduduk yang tinggal di kawasan lebih rendah atau berhampiran sungai supaya bersedia dan berjaga-jaga.

“Penduduk atau komuniti yang berisiko banjir kita sudah maklum lebih awal jadi mereka yang duduk berhampiran dengan sungai, kawasan lembah dan sebagainya diharap bersedia untuk dipindahkan pada bila-bila masa diperlukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah beliau, merujuk kepada ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, bermula Isnin lalu sehingga 25 Disember ini, tiada hujan lebat yang boleh membawa kepada banjir, tetapi hanya limpahan air Sungai Pahang dari hulu.

“Kita yakin, ia tidak akan menyebabkan pemindahan mangsa yang ramai seperti yang berlaku hari ini,” katanya.

Che Adam turut memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang meningkat secara drastik kepada 39,796 orang melibatkan 10,776 keluarga.

“Semua mangsa telah dipindahkan ke 280 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah. Setakat ini, kita sudah merekodkan lapan kematian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya