EKVE faktor banjir Hulu Langat - Utusan Malaysia

EKVE faktor banjir Hulu Langat

ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kanan) melihat penduduk menunjukkan paras air naik dan menenggelamkan banyak kawasan secara mendadak ketika melawat mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Selain faktor hujan, projek pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai antara faktor menyumbang kepada kejadian banjir besar di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan lebuh raya itu menyebabkan longkang tertutup sekali gus mengganggu sistem saliran di kawasan berkenaan termasuk di Taman Sri Nanding yang terjejas teruk.

Justeru, kata beliau, beberapa langkah diambil bagi mengatasi masalah itu termasuk mendalamkan sungai.

“Banjir ini bukan sajaja disebabkan oleh air hujan, tetapi di Taman Sri Nanding kerana projek lebuh raya EKVE.

“Selain mendalamkan sungai, kita akan membina benteng-benteng di tepi sungai untuk mengurangkan limpahan air,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menasihatkan penduduk untuk segera berpindah sekiranya mendapat amaran daripada pihak berkuasa.

Katanya, terdapat penduduk tidak mahu berpindah walaupun air naik ke paras lutut dan bagi mereka ia adalah seperti keadaan biasa dialami mereka pada sebelum ini.

“Tetapi ini persediaan akan datang, tetapi fokus kita sekarang untuk membersihkan kediaman segera,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya