Ekspo Dubai buka peluang promosi Terengganu ke Asia Barat - Utusan Malaysia

Ekspo Dubai buka peluang promosi Terengganu ke Asia Barat

PERSEMBAHAN kebudayaan Terengganu ketika di Ekspo Dubai 2020, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri yakin penyertaan sulung dalam Ekspo Dubai 2020 mampu membuka peluang untuk mempromosikan Terengganu ke negara Asia Barat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, acara berkenaan dalam masa sama menjadi platform terbaik bagi mengenal pasti ruang perniagaan dan pelaburan baharu melibatkan sektor pelancongan. 

“Ekspo Dubai adalah langkah pertama yang diambil dalam menggerakkan kempen promosi luar negara. 

“Di samping itu, kita berharap dapat membuat perkongsian maklumat dalam usaha meningkatkan permintaan perjalanan ke Terengganu, sekali gus mempromosikan negeri  ini sebagai destinasi pelancongan mesra muslim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Expo Dubai 2020 yang bertemakan ekopelancongan itu turut disertai beberapa negeri antaranya Selangor, Sarawak, Perak, dan Kedah sepanjang enam hari penganjuran hingga Sabtu ini. 

Ariffin berkata, antara produk pelancongan negeri yang dipromosikan di ekspo itu ialah tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir diikuti Setiu Wetlands, pulau-pulau peranginan dan pelbagai lagi khazanah alam semulajadi menarik. 

Katanya, pengisian program termasuk kempen promosi pelancongan negeri bersama pengamal media Emiriah Arab Bersatu (UAE), sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan Dubai, dialog pelancongan di samping lawatan ke pavilion luar negara. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya