'Dulu kami di utara kena musibah, kini kami nak balas jasa' - Utusan Malaysia

‘Dulu kami di utara kena musibah, kini kami nak balas jasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Inilah semangat kita”.

Demikian tulis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersentuh hati ketika membaca kiriman tangkap layar mereka yang datang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Lembah Klang.

Dalam kiriman tersebut, netizen bernama Roy Azman menulis: “Kami bantu sebab dulu masa kami di utara kena musibah, banyak yang dari Lembah Klang datang membantu dan memberi sumbangan. Kali ini kami nak balas atas jasa anda semua”.

Mengulas keprihatinan insan bernama Roy Azman itu serta ramai lagi yang menghulurkan bantuan, Najib berkata, inilah semangat kita, saling bantu membantu.

“Kita tak lupa pada mereka yang pernah membantu dan kini giliran mereka untuk turun, tanpa perlu disuruh, tak perlu dipaksa. Sebenarnya, pada setiap bencana di negara ini, kita akan dapat lihat betapa rakyat Malaysia akan berganding bahu tanpa kira agama dan bangsa untuk bantu pelbagai agensi penyelamat.

“Dengan kehadiran sukarelawan seperti ini, kita bukan menidakkan kerja keras anggota-anggota penyelamat tetapi ia akan mengurangkan beban, sekali gus kita dapat menyegerakan kerja memindahkan mangsa banjir,” tulis beliau.

Najib kemudiannya menulis: “Kepada semua sukarelawan yang turun tanpa disuruh, datang tanpa menunggu untuk membantu, saya ucap terima kasih dan saya tabik semangat anda semua! Apapun, ketika tiba di kawasan yang terjejas, pastikan kita koordinasi dengan agensi penyelamat dan pastikan turut jaga keselamatan diri anda”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya