Dua nelayan dikhuatiri lemas, tali pukat terbelit kaki - Utusan Malaysia

Dua nelayan dikhuatiri lemas, tali pukat terbelit kaki

DUA nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut sewaktu menarik pukat di perairan Sungai Rengit, Batu Pahat di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika bot yang dinaiki mereka sedang menarik pukat di perairan Sungai Rengit, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, mangsa, Goh Chin Ka, 66, dan Yap Kok Hoong, 33, terjatuh selepas tali pukat bot berkenaan putus sebelum membelit kaki.

Katanya, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat awal daripada rakan nelayan yang menghubungi Zon Maritim Batu Pahat pada pukul 8.30 pagi.

“Berikutan itu, Maritim Malaysia telah mengatur gerak Bot Benteng 5 ke lokasi kejadian iaitu di kedudukan 14.6 batu nautika barat daya Sungai Rengit.

“Setibanya di lokasi, tekong bot memaklumkan kejadian berlaku sewaktu bot berkenaan sedang menarik pukat dan kedua-dua mangsa berada di belakang bot. Namun, secara tiba-tiba tali pukat putus dan telah membelit kaki kedua-dua mangsa sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke dalam laut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Simon Templer, mangsa didakwa tidak boleh berenang dan ketika kejadian, kedua-duanya juga tidak dilengkapi dengan jaket keselamatan.

“Tekong bot cuba mencari mangsa di kawasan sekitar namun tidak berhasil. Sehubungan itu, Op Carilamat diaktifkan pada pukul 8.40 pagi yang turut disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta komuniti nelayan setempat.

“Selain itu, kita juga telah menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini kepada Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya