Dua minggu kaji RUU Antilompat Parti - Wan Junaidi

Dua minggu kaji RUU Antilompat Parti

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pemimpin parti politik diberi masa selama dua minggu untuk meneliti kembali segala cadangan sebelum Rang Undang-Undang Antilompat Parti dibentangkan.

Perkara itu antara saranan disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin siasah dan membentangkan dapatan mengenai kajian serta bancian inisiatif antilompat parti tersebut.

“Mereka kini ada tempoh waktu 14 hari untuk menilai semula segala usul, pindaan atau maklum balas sebelum draf RUU itu dibawa kepada peringkat yang seterusnya pula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RUU itu pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk bekas menteri, Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz bagi mengekang gejala ‘beli’ wakil rakyat, malah disokong Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menyifatkan usaha itu dapat membendung ‘budaya katak’ serta mengkhianati mandat parti dan rakyat.

Amalan tidak sihat itu dapat jelas disaksikan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 apabila Pakatan Harapan yang menang majoriti tipis didakwa ‘mencuri’ wakil lawannya.

Langkah tidak beretika itu dikecam Barisan Nasional dan menggesa digubal RUU bagi halang kegiatan ‘berpaling tadah’ yang mencetus suasana politik amat tidak stabil sepanjang masa.

Mengulas lebih lanjut, Wan Junaidi berkata, inisiatif khas itu menyaksikan wakil pembangkang buat julung kali sanggup duduk bersama untuk berbincang bagi capai matlamat sama dengan turut membincangkan usul bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri yang hanya disandang tidak lebih daripada 10 tahun.

“Fasa berikutnya selepas ini ialah kami akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Peguam Negara bagi merumuskan RUU itu sebelum dapat dibentangkan di Parlimen pula,” tegasnya sekali gus berharap perkembangan RUU tersebut akan memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada sistem urus tadbir negara meskipun proses pelaksanaannya mengambil masa sedikit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya