Dua maut, tiga parah kemalangan di Bentong - Utusan Malaysia

Dua maut, tiga parah kemalangan di Bentong

KEADAAN MPV dinaiki sebuah keluarga yang terlibat kemalangan meragut dua nyawa  Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak di Bentong, Pahang.  -  IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Perjalanan pulang ke kampung lima sekeluarga berakhir  tragedi selepas dua orang daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala – Karak, berdekatan bandar Bentong di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.33 pagi itu, mangsa yang maut ialah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun. 

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berusia 44 tahun yang juga bapa kepada dua mangsa maut dan dua lagi penumpang yang cedera dibawa  ke Hospital Bentong untuk rawatan. 

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan awal mendapati kenderaan MPV dinaiki keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan.

“Ketika tiba di Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak, MPV itu gagal dikawal pemandunya lalu terbabas. 

“Mangsa yang maut dalam kejadian ini adalah anak pertama dan kedua dalam keluarga berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes  itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya