Dua maut kemalangan di lorong kecemasan - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan di lorong kecemasan

DUA maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 241.6, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), Rembau, awal pagi tadi. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua lelaki maut dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di lorong kecemasan Kilometer 241.6, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Saifuddin Abdullah, 50, pemandu lori, jenis Isuzu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Penunggang motosikal jenis Honda, R. Morgana Krishnan, 49, pula mengalami kecederaan  di bahagian kepala dan turut disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan ini membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler. Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak dan dibantu oleh penunggang motosikal yang datang membawa botol minyak. 

“Kemudian datang lori treler dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang merempuh pemandu lori dan penunggang motosikal yang berdiri di sebelah kanan lori menyebabkan kedua-dua mangsa melambung dan jatuh di atas lorong kecemasan di tempat kejadian,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Hazri berkata, akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat. Menurutnya, lori treler telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan dan usaha untuk mengesan pemandu sedang dijalankan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya