Dua maut dalam kemalangan di Serian - Utusan Malaysia

Dua maut dalam kemalangan di Serian

Kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seorang wanita dan seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan dua buah kereta di Batu 19, Jalan Kuching-Serian lewat malam tadi.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu mengesahkan mangsa lelaki dikenali sebagai Jirino Mirut, berusia 60 tahun dari Kampung Mundai, Padawan dan Lisa Mutong, 37, dari Kampung Simpok, Padawan.

Menurut Alexson, kedua-dua mangsa menaiki sebuah kereta semasa kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki dua mangsa bergerak dari arah Serian dan membelok masuk ke Taman Duranda Mas lalu dilanggar sebuah kereta yang bergerak dari arah Batu 15.

“Akibat pelanggaran tersebut kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang bergegas ke lokasi kemalangan itu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, katanya pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta yang terlibat, turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya