Dua kakitangan SWM maut lori bertembung - Utusan Malaysia

Dua kakitangan SWM maut lori bertembung

Lori milik SWM Environment dan sebuah lagi lori tiga tan yang bertembung dalam kemalangan hingga mengorbankan dua mangsa berhampiran ST Rhodes Club, Ladang Johor, Labis di Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS: Dua kakitangan SWM Environment Sdn. Bhd. maut selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi lori berhampiran ST Rhodes Club, Ladang Johor di sini, pagi tadi. 

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.11 pagi itu, mereka yang maut ialah Ramli Ibor, 58, sebagai pemandu lori tersebut serta kelindannya, Muhammad Helmi Karim, 30.

Kedua-dua mereka didapati tersepit di tempat duduk masing-masing dalam kenderaan berat itu, manakala pemandu lori tiga tan jenis Isuzu yang turut tersepit, Nor Fazli Ramli, 30, cedera parah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hafifie Md. Sarif berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah lori tiga tan jenis Isuzu yang membawa muatan besi binaan telah bertembung dengan sebuah lori milik SWM Environment.

“Lori dinaiki kedua-dua mangsa maut datang dari arah Yong Peng menuju ke Labis manakala sebuah lagi lori dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya