Dua empangan sabo dibina di kaki Gunung Jerai - Utusan Malaysia

Dua empangan sabo dibina di kaki Gunung Jerai

TUAN Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) melawat tapak projek pembinaan empangan sabo di Titi Hayun, Yan hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Jerai di sini yang bernilai RM22.8 juta dijangka dimulakan pada Januari depan dan siap sepenuhnya  menjelang Jun 2023.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dua empangan tersebut akan dibina di Kawasan Rekreasi Titi Hayun di sini dan Kawasan Rekreasi Tupah, Merbok, Kuala Muda dekat sini.

Katanya, empangan tersebut yang pertama memiliki struktur lengkap di Malaysia yang mampu mengurangkan impak banjir serta kejadian kepala air di kawasan tersebut.

“Sepanjang projek itu dilaksanakan, kawasan rekreasi tersebut akan ditutup sepenuhnya kepada pengunjung bagi memastikan kelancarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Empangan Sabo Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dalam Daerah Yan dan Kuala Muda di Pusat Bekalan Titi Hayun di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, sistem amaran keoala air yang dikenali sebagai Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) akan turut dibangunkan di Gunung Jerai pada pertengahan tahun depan.

“Selain di Gunung Jerai ini, SABKA juga akan turut dibangunkan di kawasan-kawasan  rekreasi lain di seluruh negara.

“Kita dapati isu kepala air banyak juga berlaku di kawasan rekreasi lain dan turut melibatkan kematian. 

“Dengan adanya sistem ini, setidak-tidaknya mereka yang sedang mandi atau berekreasi boleh menyelamatkan diri ketika kepala air masih pada peringkat awal di bahagian atas,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya