Dua bertembung antara motosikal dan kereta di Lipis, seorang maut - Utusan Malaysia

Dua bertembung antara motosikal dan kereta di Lipis, seorang maut

KEADAAN kereta Suzuki Swift yang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Datuk Mahmud, berdekatan Institut Pertanian Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - GAMBAR IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya setelah bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Mahmud, berdekatan Institut Pertanian Kuala Lipis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, mangsa, Syed Muhammad Razin Syed Jafri, 19, yang beralamat di kuarters Institut Pertanian Kuala Lipis meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Lipis pada pukul 6.40 pagi hari ini.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai apabila pemandu kereta Suzuki Swift, M. Deenesh, 19, datang dari arah bandar Baru Kuala Lipis dalam perjalanan pulang ke rumahnya, di Taman Pertama di sini, manakala manakala motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu Deenesh dipercayai gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan sehingga bertembung dengan motosikal mangsa.

“Perlanggaran kedua kenderaan ini menyebabkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Azli, pemandu kereta yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk diambil sampel darah dan air kencing bagi tujuan menguji tahap alkohol/dadah. 

Beliau berkata, bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan selepas ujian saringan Covid-19.

Katanya, akibat pertembungan itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan, manakala juga kerosakan di bahagian yang sama melibatkan fender kiri dan kanan kemek kereta berkenaan.

Jelasnya, siasatan di tempat kejadian mendapati jalan berselekoh, sebuah lorong satu hala, garisan putih berkembar sebagai pembahagi jalan serta cuaca baik walaupun laluan basah dan gelap tanpa lampu jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya