Dua beradik maut, terseret lapan meter - Utusan Malaysia

Dua beradik maut, terseret lapan meter

MAYAT dua beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, Terengganu. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua beradik maut dan terseret kira-kira lapan meter selepas motosikal mereka bertembung dengan Perodua Myvi di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh, di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu,  Mohd. Faizal Shaari, 29, dan abangnya, Termizi, 37, meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa anggota badan. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika  motosikal Yamaha Lagenda ditunggang dua beradik itu dalam perjalanan ke arah Jabor, di daerah sama.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggang Mohd. Faizal tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Myvi itu. Impak pelanggaran menyebabkan motosikal mangsa terjatuh di hadapan Perodua Myvi dengan dua beradik berkenaan terseret kira-kira lapan meter manakala kereta pula terjunam di kawasan cerun berumput,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Hanyan berkata, pemandu dan penumpang Perodua Myvi yang masing-masing berusia 19 tahun itu tidak mengalami kecederaan. 

Katanya, mayat dua beradik itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya