Dua beradik maut motosikal bertembung lori angkut sawit

Dua beradik maut motosikal bertembung lori

MAYAT dua beradik yang maut selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar sebuah lori di Jalan Cheting-Kampung Pelandan, di Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan lori di Jalan Kampung Pelandan-Cheting berhampiran Sekolah Kebangsaan Cheting, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, mangsa,  Muhammad Haiqal Abdullah,18, dan adiknya, Muhammad Izman Hamidi, 16, dari Kampung Cheting meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal Honda Beat mangsa yang dari arah Kampung Cheting ke Kampung Pelandan terlanggar bahagian belakang lori kelapa sawit yang ketika itu mengundurkan kenderaan. 

Katanya, sebelum kejadian, lori itu diparkir di bahu jalan kerana pemandunya yang berusia 32 tahun berhenti makan tengah hari selepas selesai kerja. 

“Selepas pelanggaran itu, pemandu lori turun dari kenderaannya dan mendapati dua beradik berkenaan terbaring di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Adli berkata, mayat kedua-dua beradik itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya