Dua bekas pegawai agensi kerajaan direman seleweng jualan kelapa sawit - Utusan Malaysia

Dua bekas pegawai agensi kerajaan direman seleweng jualan kelapa sawit

DUA bekas pegawai agensi kerajaan yang didakwa terlibat dalam  kes penyelewengan jualan kelapa sawit dibawa di Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Kedah, hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI:  Dua lelaki yang merupakan bekas pegawai Felda ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan jualan kelapa sawit berjumlah RM48,000 pada 2017 dan 2018.

Kedua-dua suspek berusia 35 dan 61 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani, di sini pada pukul 3 petang semalam.

Dua individu terbabit kemudian dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Majistret Nadhirah Abd. Rahim membenarkan kedua-dua suspek direman  tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan dua lelaki terbabit dan siasatan ke atas mereka dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya