‘Drama’ luar padang tidak jejas prestasi Arsenal - Utusan Malaysia

‘Drama’ luar padang tidak jejas prestasi Arsenal

ARSENAL berjaya melakar kemenangan besar ke atas Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL)- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta gembira melihat pasukan bimbingannya dapat mengharungi minggu yang sukar dengan meraih kemenangan 4-1 ke atas Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Kontroversi luar padang yang menyaksikan Pierre-Emerick Aubameyang dilucutkan jawatan kapten kerana melanggar peraturan tidak menghalang Arsenal mencatat tiga kemenangan dalam tempoh seminggu untuk menduduki tempat keempat liga.

“Ia adalah minggu yang sukar tetapi sangat positif dengan persembahan yang ditunjukkan pasukan serta meraih kemenangan.

“Kita harus gembira pada hari ini. Mereka (Leeds) terpaksa bermain menentang pasukan paling fizikal dalam liga dan mereka perlu bersedia,” katanya.

Pertemuan Arsenal dan Leeds satu-satunya perlawanan EPL yang diteruskan kelmarin selepas peningkatan kes Covid-19 menyebabkan lima lagi aksi ditangguhkan.

Satu mesyuarat EPL berlangsung pada Isnin untuk membincangkan pilihan dan memberi penjelasan mengenai situasi Covid-19.

“Semua pemain dan pegawai sihat. Kami sentiasa mengikut garis panduan dan kami akan bermain seperti yang kami boleh.

“Apa sahaja pihak atasan putuskan adalah yang terbaik untuk pertandingan, tetapi ia perlu dijelaskan,” kata pengurus Arsenal itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya