Doktor gigi tegur buang sampah dapat penghargaan - Utusan Malaysia

Doktor gigi tegur buang sampah dapat penghargaan

REEZAL Merican Naina Merican menyampaikan anugerah Adiwira Bumi kepada Wan zJohan Ariff Wan Daud pada sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2021 di Putrajaya. - UTUSAN/SITI AISYAH SUKAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan berani seorang doktor pergigian mengembalikan semula kotak rokok yang dibuang seorang individu melalui tingkap kereta mendapat penghargaan apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Adiwira Bumi (Ikon Berani Tegur).

Dr. Wan Johan Ariff Wan Daud, 39, menerima penghargaan tersebut kerana sikap beraninya menegur pengguna lalu lintas lain yang membuang kotak rokok tersebut di jalan raya dalam satu peristiwa beberapa bulan dahulu.

Bercerita kepada pemberita, bapa kepada empat anak itu berkata, kejadian tersebut berlaku di Shah Alam iaitu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah pada hari Jumaat.

“Waktu itu jalan tengah sesak dan kereta bergerak ke hadapan secara perlahan. Individu tersebut buang sampah ke luar dan ada beberapa kereta membunyikan hon.

“Bagaimanapun, dia buang sekali lagi dan ketika itu adalah kotak rokok. Memandangkan kenderaan berhenti lama di situ, saya keluar dari kereta ambil kotak rokok tersebut dan beri kepadanya,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2021 di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam pada itu, Dr. Wan Johan Ariff berkata, sebelum keluar dari kereta, dia bertindak merakam video dari telefon terlebih dahulu kerana bimbang berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Masa itu saya seorang diri dan saya rakam bukan tujuan untuk menunjuk tetapi untuk keselamatan. Kita takut orang zaman sekarang kadang-kadang pelik.

“Di dalam kereta tersebut, ada dua lelaki. Apabila saya pulangkan semula kotak rokok itu, dia terkejut. Pada mulanya nampak macam marah dan dia turunkan cermin sikit, saya pulangkan semula kotak rokok itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Wan Johan Ariff berkata, sebelum ini dia pernah menegur perbuatan membuang sampah merata-rata cuma, kali ini ia dirakam bagi tujuan keselamatan.

“Selain itu, bukan untuk menjadikan saya sebagai idola tetapi perbuatan buang sampah itu, perlu ditegur. Teguran ini adalah subjektif dan saya berharap semua orang akan saling mengingati.

“Malah, saya sebenarya tak sangka apabila diberi penghargaan sebegini dan saya kongsikan video itu tanpa ada apa-apa niat,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan berani seorang lelaki mengembalikan semula sampah yang membuang melalui tingkap kereta kepada pemilik asal.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya