KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berdepan saingan empat seteru politiknya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, 18 Disember ini.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen berdepan cabaran dengan calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS-SUPP), Dr. Sim Hui Hian yang merupakan pakar kardiologi.
Lee Wuen antara lain berdepan dengan calon daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Chai Keuh Khun dan Fong Pau Teck (Gabungan Anak Sarawak-Aspirasi).
Kerjaya politik Lee Wuen bermula sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 PRU-14 lalu apabila dipilih bertanding di Bandar Kuching dan menang hampir 60 peratus di kawasan majoriti kaum Cina itu. – UTUSAN ONLINE