“Doakan yang baik-baik untuk saya” - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

“Doakan yang baik-baik untuk saya” – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jasmin Hamid tampil menjelaskan bahawa dia masih belum mengenakan hijab seperti yang didakwa segelintir netizen.

Kata Jasmin, dia perlu menjelaskan hal tersebut untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

“Mesti ramai menyangka saya sudah berhijab berdasarkan beberapa gambar yang saya kongsikan di Instagram (IG). Sebenarnya penampilan itu adalah untuk karakter lakonan.

“Sebelum ini saya tak mahu komen apa-apa. Peminat pun tahu gambar itu diambil ketika saya bekerja.

“Tetapi saya bersyukur, sedikit demi sedikit Allah berikan rezeki berhijab meskipun untuk karakter lakonan. Tolong doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Jasmin mencuri perhatian netizen apabila tampil berhijab di dalam gambar yang dimuat naik di IGnya.

Pelakon ini dihujani pujian ramai yang terpesona dengan kecantikannya dengan penampilan tersebut.

“Alhamdulillah syukur, cantik bila berhijab,” tulis yatie_aziz07 di ruangan komen.

Pengguna IG, myraraihana pula mendoakan kebahagiaan pelakon ini yang baharu mendirikan rumah tangga 19 November lalu.

“Tengok makin cantik dan berseri bertudung. Syukur Alhamdulillah.

“Semoga bahagia hingga ke syurga Allah, amin,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya