Disebalik 'duka', ada berita gembira buat Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Disebalik ‘duka’, ada berita gembira buat Harimau Malaya

PENJAGA gol Khairulazhan Khalid (kiri), Faisal Halim dan Quentin Cheng (kanan) kembali menyertai skuad Harimau Malaya di hotel penginapan di Singapura, hari ini dengan menjalani latihan ringan. - Foto ihsan Facebook FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad Harimau Malaya menerima perkhabaran gembira menjelang aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 bertemu Indonesia pada 19 Disember ini.

Tiga pemain yang positif Covid-19 sebelum ini iaitu penjaga gol, Khairulazhan Khalid; pemain sayap, Faisal Halim dan pertahanan kanan, Quentin Cheng kembali menyertai aktiviti pasukan di hotel penginapan di Singapura, hari ini sekali gus memberi keceriaan kepada kem negara.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata ketiga-tiga pemain itu sudah mendapat surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Singapura, semalam selepas Khairulazhan dan Faisal selesai menjalani tempoh 10 hari perintah pengasingan manakala Quentin pula diberi pelepasan awal selepas tempoh tujuh hari diasingkan berdasarkan keputusan ujian PCR.

“Ketiga- tiga pemain ini sudah memulakan aktiviti bersama pasukan dengan aktiviti pertama di gimnasium memandangkan hari ini adalah hari recovery (pemulihan) selepas kita beraksi menentang Vietnam, malam tadi.

Dalam pada itu, berhubung status kecederaan dua tonggak pertahanan tengah iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad kedua-dua mereka mengalami kecederaan hamstring hingga terpaksa dikeluarkan ketika pasukan negara tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi ketiga kumpulan B kempen Piala AFF 2020, semalam.

“Doktor dan fisioterapi pasukan akan terus memantau tahap kecederaan mereka dari semasa ke semasa sebelum kita membuat penilaian sama ada mereka sempat atau tidak untuk pulih menjelang perlawanan menentang Indonesia nanti.

“Bagi posisi pertahanan tengah ini, kita masih memiliki Dominic Tan yang bebas daripada sebarang kecederaan manakala Junior Eldstal masih dalam proses pemulihan kecederaan otot di bahagian abdomen.

“Namun, kita bakal memiliki Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura pada Khamis ini untuk mengisi posisi pertahanan tengah andai Aidil dan Shahrul tidak sempat pulih menjelang perlawanan Ahad nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya