"Dia tidak tersingkir, itu bukan bidang kuasa saya" - Datuk Ramli MS - Utusan Malaysia

“Dia tidak tersingkir, itu bukan bidang kuasa saya” – Datuk Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Menyaksikan persembahan yang sangat mendatar meski sudah memasuki minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Upiak Isil bagi Datuk Ramli MS tidak seharusnya berasa selesa.

Bernasib baik dan tidak tersingkir, katanya yang juga ketua juri program tersebut, tiada jaminan pada minggu hadapan untuk Upiak masih terselamat kerana konsistensinya berada pada kedudukan di bawah adalah zon merah.

“Kalau dia masih kekal dengan konsistensi begitu, dia akan jadi macam tekonglah. Tahu tak maksud tekong itu apa? Tekong ini biasa duduk di belakang.

“Kalau main bola pun, ibaratnya dia duduk di belakang. Harus anda semua tahu bahawa saya tidak punya kawalan dalam persembahan mereka.

“Seseorang penyanyi atau peserta itu cuma ada dirinya sendiri ketika berada di pentas. Kalau tak mampu buat persembahan yang bagus, maka akan terkeluarlah,”katanya.

Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram ini berkata demikian semasa ditemui usai program GV8 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Ia bagi mengulas kedudukan Upiak yang berada di tangga tercorot dalam program berkenaan yang dianjurkan oleh Astro.

Selain itu, ketika ditanya mengenai sebab tiadanya penyingkiran pada minggu ini, Tok Ram menafikan dia mempunyai hak atau peranan dalam hal ini.

“Kalau dilihat memang Upiak berada di tangga bawah. Ini pemilihan majoriti. Tetapi tiadanya penyingkiran bukan kerana saya yang berkehendakkan.

“Hak cipta program adalah milik Astro. Ini kali kedua tiada penyingkiran berlaku dalam program ini dan ia bukan bidang kuasa saya.

“Mana tahu kalau-kalau pihak Astro memang nak bawa 10 peserta mara ke peringkat akhir bukan? Kita tidak tahu. Macam apa yang berlaku, Upiak pada saya cuma bernasib baik,”katanya.

Selain Datuk Ramli MS atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat selain pelakon Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan.

GV8 minggu ini menampilkan Nabil Ahmad ditemani pelakon serba boleh, Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse yang tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara kerana terjejas akibat banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya