Daun ketum seberat 695kg bernilai RM125,000 dirampas - Utusan Malaysia

Daun ketum seberat 695kg bernilai RM125,000 dirampas

ANGGOTA Maritim Malaysia menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas di Pulau Tanjung Dendang, Langkawi, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum seberat kira-kira 695 kilogram (kg) bernilai RM125,000 di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3.30 pagi di kedudukan lebih kurang 5.0 batu nautika timur Pulau Tanjung Dendang di sini dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin  diatur gerak ke lokasi untuk serbuan serta pemeriksaan.

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, tekong bot berkenaan bertindak memecut laju ke arah perairan sempadan Malaysia-Thailand dan meloloskan diri dengan membuang sejumlah objek ke laut. 

“Pemeriksaan ke atas objek yang dibuang menemukan 57 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum beranggaran berat lebih kurang 695 kilogram dengan nilai RM125,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, kesemua daun ketum itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan laut  dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses serta lain-lain berkaitan bahan tersebut. 

Menurut Zawawi, harga pasaran ketum di negara jiran mencecah RM180 sekilogram dan upah ‘transporter’ yang lumayan sebanyak RM350 hingga RM800 menjadi pendorong kepada kegiatan ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya