Seiring permintaan pelitup muka semakin menggalakkan, Nasibah Habibulan Khan, 50, mula beralih perniagaan ikan terubuk masin kepada bidang jahitan.
Katanya, menerusi jenama Nasibah Collection, hampir 17,000 pelitup muka kain dijahit menggunakan fabrik batik Borneo.
“Keunikan pelitup muka dihasilkan saya turut mendapat tempahan khusus dari butik sekitar Sarawak.
“Kebetulan saya mempunyai asas dalam bidang jahitan, lalu saya cuba untuk memperkenalkan pelitup muka kain ini,”katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Nasibah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia menggunakan fabrik bermotifkan batik Borneo dibeli dari pengusaha tekstil di Sarawak.
“Setiap bulan, hanya 20 rekaan diketengahkan menjadikan rekaan pelitup muka ini terhad dijual RM5 setiap satu.
“Untuk tempahan boleh kunjungi Facebook, Nasibah Habibulah Khan atau hubungi 010- 229 9738,” katanya. – UTUSAN