Cukuplah tiga, jangan sampai empat kali - Utusan Malaysia

Cukuplah tiga, jangan sampai empat kali

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengalami kekalahan hatrik kepada Vietnam, Harimau Malaya tidak rela tewas buat kali keempat menjelang perlawanan ketiga kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, malam ini.

Biarpun berdepan cabaran sukar untuk mengatasi pasukan ke-99 dunia itu, namun pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bersama barisan kejurulatihan sudah merencana resepi terbaik untuk memerangkap juara bertahan tersebut.

Kemenangan ke atas Kemboja dan Laos juga menjadi motivasi terbaik untuk anak buah Cheng Hoe turun mengejutkan skuad Naga Emas.

“Kita sedar Vietnam berada pada tahap tersendiri dan kita tidak dapat memperolehi keputusan positif menentang mereka sebelum ini. Dengan apa yang kita ada, kita perlu teruskan kerana jangkaaan yang sangat tinggi diletakkan.

“Vietnam bermain dengan corak mereka sendiri, pertahanan yang kental dan kerjasama berpasukan yang baik. Analisis kita pun mendapati banyak pemain mereka menunjukkan peningkatan secara teknikal dan taktikal.

“Kita perlu fokus pada transisi daripada menyerang ke bertahan. Apa yang penting adalah pemain kekal fokus dan tidak dibolosi daripada kesilapan individu.

“Dengan momentum yang kita ada ketika ini, kita harus bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan. Pemain perlu menikmati setiap perlawanan kerana dengan itu ia dapat meningkatkan keyakinan pasukan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, semalam.

Bekas jurulatih Kedah itu, mengakui bahawa setiap kutipan mata amat penting dalam misi mereka melayakkan diri ke separuh akhir biarpun telah memiliki enam mata.

Kedudukan tersebut masih belum mencukupi untuk skuad Harimau Malaya berasa selesa kerana masih berbaki dua perlawanan menentang Vietnam dan Indonesia yang menawarkan enam mata lagi.

“Untuk melayakkan diri ke separuh akhir, sudah tentu setiap mata amat penting jadi kita memerlukan keputusan yang positif (menentang Vietnam).

“Kita juga perlu sentiasa positif dan terapkan dalam minda masing-masing bahawa kita akan turun untuk membuktikan kemampuan sebenar serta bermain seperti biasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya