Cuaca baik, mangsa banjir tinggal 63 orang - Utusan Malaysia

Cuaca baik, mangsa banjir tinggal 63 orang

KANAK-KANAK menunggang basikal meredah banjir di Kampung Pasir Raja di Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu makin pulih apabila jumlah mangsa yang terjejas bencana itu terus mencatatkan penurunan kepada 63 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, keadaan cuaca yang baik sepanjang hari membolehkan lebih ramai penduduk di Kemaman pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, setakat pukul 6 petang ini, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di satu-satunya daerah yang dilanda bah di Terengganu itu kini hanya tinggal tiga buah berbanding enam yang dibuka pada tengah hari.

“PPS Surau Kampung Ban Ho menempatkan seramai 39 mangsa diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok (15 mangsa) dan Dewan (SK) Lembah Jabor (9 mangsa),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terengganu dilanda banjir gelombang kedua bermula Jumaat lalu dengan membabitkan daerah Setiu sebelum merebak ke Dungun dan Kemaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya