Covid-19: 36 kes kematian dicatatkan semalam - Utusan Malaysia

Covid-19: 36 kes kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jumlah kematian akibat Covid-19 semalam mencatatkan  36 kes sekali  gus menjadikan jumlah kumulatif korban akibat Covid-19 menjadi 31,428 orang.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, dua kematian berlaku di luar hospital.

Katanya, Selangor mencatatkan jumlah kematian  tertinggi iaitu 12 orang diikuti  Kuala Lumpur (lima orang), Kelantan (empat orang), Perak (empat orang), Kedah (tiga orang), Negeri Sembilan (tiga orang), Pahang (tiga orang) dan Terengganu dua orang.

Bagaimanapun di negeri lain tiada kes kematian dicatatkan.

Bagi kes aktif, sebanyak 41,682 dilaporkan setakat semalam  termasuk 288 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 162 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya