PETALING JAYA: Sebanyak 3,519 kes Covid-19 dicatatkan hari ini berbanding semalam 3,140 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut sekali gus menjadikan kes kumulatif berjumlah 2,728,203.
Katanya, jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu turut menurun sebanyak 21.5 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Berikut merupakan pecahan di setiap negeri setakat semalam:
Selangor -736
Kelantan -396
Johor- 378
Kuala Lumpur- 258
Pulau Pinang- 213
Kedah- 209
Terengganu – 202
Pahang -165
Sabah – 156
Melaka -119
Perak- 114
Negeri Sembilan- 95
Putrajaya-35
Sarawak-31
Perlis -27
Labuan-6
– UTUSAN ONLINE