PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 hari ini kembali di bawah paras 4,000 dengan mencatatkan 3,900 kes berbanding semalam 4,097.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat 2,703,140 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Berikut merupakan pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 14) di mana 4,097 kes baru dilaporkan:
Selangor (1,021)
Johor (436)
Kelantan (428)
Pahang (329)
Kuala Lumpur (317)
Pulau Pinang (285)
Kedah (267)
Sabah (232)
Terengganu (183)
Negeri Sembilan (159)
Melaka (159)
Perak (139)
Sarawak (64)
Perlis (39)
Putrajaya (27)
Labuan (12)
– UTUSAN ONLINE