Cheras Road FC bantu mangsa kebakaran Flat Sri Johor - Utusan Malaysia

Cheras Road FC bantu mangsa kebakaran Flat Sri Johor

PENAUNG Cheras Road FC, Khairul Izani menyampaikan sumbangan kepada ketua Blok 31 Flat Sri Johor, S. Gunalan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kelab amatur bola sepak Cheras Road FC, baru-baru ini tampil memberi sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Blok 31 Flat Sri Johor, yang berlaku pada Ahad lepas.

Penaung Cheras Road FC, Khairul Izani Omar berkata, sumbangan berkenaan berupa beras, gula, makanan kering dan juga pelbagai keperluan asas lain.

Tambahnya, sumbangan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Cheras Road FC dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Kita agihkan bantuan kepada lapan keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut, ini merupakan program CSR kami dalam membantu masyarakat.

“Lebih-lebih bagi, Flat Sri Johor ini juga merupakan antara kawasan komuniti kami sendiri, jadi ia bersesuaian dengan slogan kami Football For Community,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Terdahulu, Khairul Izani bersama pemain-pemain Cheras Road FC mengagihkan bantuan berkenaan kepada penerima di Dewan Serbaguna Sri Johor yang dijadikan penempatan sementara.

Pada Ahad lalu, lapan buah rumah di Flat Sri Johor hangus terbakar yang dipercayai berpunca daripada tong gas meletup di salah sebuah rumah terlibat.

Sementara itu Ketua Blok 31 Flat Sri Johor, S. Gunalan mengucapkan terima kasih kepada Cheras Road FC yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

“Terima kasih kepada Cheras Road FC kerana sudi datang dan bantu mangsa-mangsa kebakaran. Ketika kesemua lapan keluarga mendapat sumbangan sewajarnya daripada pelbagai pihak,” katanya.

Kelab bola sepak amatur yang berpengkalan di Cheras telah bersaing dalam Liga Kuala Lumpur dan juga Liga M5.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya