Celup tepung menu `popular’ di Pantai Timur - Utusan Malaysia

Celup tepung menu `popular’ di Pantai Timur

1) Produk celup tepung dihasilkan Nor Azlinda Abas mendapat sambutan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Celup tepung adalah antara tarikan menu `popular’ di Pantai Timur yang menggabungkan kepelbagaian hasil laut seperti sotong, udang, ketam dan ikan.

Pengusaha Restoran Bira Pantai di Pantai Penarik, Terengganu, Nor Azlinda Abas, 39, berkata, hidangan itu menjadi daya penarik dalam kalangan masyarakat tempatan bahkan pelancong.

“Celup tepung adalah hidangan tempatan yang menggunakan campuran tepung beras bersama bahan lain untuk menggoreng hasil laut.

“Gandingan hasil laut yang segar dengan ramuan tepung membuatkan hidangan ini enak dinikmati begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat AIM itu, restoran yang diusahakan sekitar 2015 itu menyediakan hampir 300 kilogram (kg) hidupan laut dan jumlah itu meningkat pada musim percutian.

“Untuk mengembangkan lagi perniagaan, saya turut mengetengahkan tepung NL Celup Tepung dilengkapi dengan sos pencicah berharga RM10 sahaja,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk mengetahui produk dan perniagaan Sahabat AIM ini, boleh kunjungi Facebook Page, NL Celup Tepung Bira Pata, NL Celup Tepung dan Instagram NL Celup Tepung atau hubungi 016-6096225.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya